Selamat Datang Ke terjahan-hati.blogspot.com... ("o,")
Premium WordPress Themes

Perempuan Cemburu Dengan Bidadari



Copy : From FB


"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?" Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu. saya nak bincang hal yang lebih penting... Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu. Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku
guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan. 

Apa puncanya sampai jadi macam tu??? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. Penjelasan yang lebih mendalam sebab wanita menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain. Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal pendakwah itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.." Fuhh~! Sampai bergitu sekali rupanya. Dahsyat.. Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tidak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an. Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? 

Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke? Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi... "Di syurga nanti, selagi puan tidak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat. Hmm..

Kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan ? 

Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga. Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? tak kan pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya jauh. Jika bidadari anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: "sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka". Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..

di sebalik tsunami di jepun

Copy From http://sha-akusimple.blogspot.com/search/label/rencana


tahukah kita pada hari yang berlakunya tsunami di Jepun baru-baru ini, merupakan
1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam. 

Tidak dilayan isteri bukan alasan untuk curang


Oleh Zainul Rijal Abu Bakar (Berita Harian): 






Bila suami ‘ada keinginan’ tetapi pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana ‘sedang masak’ atau ‘sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara’. Dalam Islam, katanya, seorang isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami. Ada yang mendakwa kerana tidak mendapat layanan isteri, ada suami pergi ke tempat sulit untuk memuaskan nafsu serakah mereka. 

Memang ada di kalangan ulama sudah disepakati mengenai tanggungjawab isteri terhadap suami ini. Nas al-Quran dan hadis juga banyak boleh dikutip bagi menyokong hujah ini. 


Persoalan juga timbul dari kenyataan itu adakah kebanyakan suami begitu rendah imannya melakukan larangan Allah semata-mata kerana isterinya tidak mahu memenuhi tuntutannya? Tidak ada jalan lainkah yang diajar agama bagi menangani masalah sebegini? 

Memang benar isteri perlu berhenti daripada membuat perkara lain sekiranya suami mempunyai keinginan untuk bersama isterinya. Memang benar juga isteri perlu berhias untuk suami dan melayan suaminya. Tetapi, realitinya isteri itu turut dibebankan dengan tanggungjawab lain yang tidak perlu sebenarnya dipikul isteri. Urusan rumah tangga dan anak secara eksklusif digalas isteri. 
sekarang bukan saja dibebankan dengan tanggungjawab memasak malah menjaga anak dan ramai juga yang berkerja bersama-sama membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. 


Semua ini sebenarnya tanggungjawab suami yang perlu menyediakannya. Suami sepatutnya menyediakan pembantu rumah. Begitu juga halnya mengasuh anak. 
Sekiranya semua ini disediakan oleh suami saya berpandangan pada masa itu, isteri wajib menuruti apa saja kehendak suami. 



Dalam Islam apabila seseorang itu diberikan sesuatu keistimewaan ia bukan datang begitu saja. Ia sebenarnya juga disertakan dengan tanggungjawab. Lebih banyak keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab yang disertakan. Setiap suami harus sedar tanggungjawab ini dan tidak hanya memikirkan hak dan keistimewaan diberikan kepada mereka saja. 



Sebagai seorang manusia, isteri juga mempunyai perasaan dan kelemahan. Sudah pasti isteri yang pulang dari bekerja itu berasa letih dengan kerja di pejabat. 



Amat tidak munasabah sekiranya isteri ini juga selepas pulang dari kerja dibebankan lagi dengan pelbagai tugasan lain sedangkan si suami duduk menonton televisyen ataupun beristirehat saja. Sebagai ketua keluarga suami perlu menjaga kebajikan keluarganya. Suami akan dipersoalkan kelak sekiranya gagal mentadbir keluarganya dengan baik. 

jika suami isteri mengambil neraca Islam sebagai panduan keharmonian rumah tangga mereka sudah pasti tiada seorangpun akan teraniaya dalam keluarga. Malah isu mengadakan hubungan sulit dengan orang lain juga tidak akan timbul kerana hubungan suami isteri itu disulami dengan sulaman akhlak budi pekerti dan ketakwaan. 


Keengganan isteri melayan suami bukan tiket kepada suami untuk berlaku curang. Islam mengajar bagaimana mendidik isteri nusyuz atau derhaka kepada perintah sah suaminya. Pada awalnya suami hendaklah menasihati isteri supaya tidak derhaka kepada suaminya. 



Sekiranya masih berdegil maka hendaklah diasingkan tempat tidur antara suami dan isteri dan sekiranya isteri itu masih berdegil ingkar kepada arahan suaminya dibenarkan kepada suami itu memukul isterinya bagi tujuan mengajar. 
Bagaimanapun pukulan itu hendaklah tidak mencederakan isteri dan tidak boleh dipukul pada bahagian tertentu seperti muka dan bahagian sulit. 



Wanita dijadikan Allah daripada tulang rusuk sebelah kiri lelaki. Tulang rusuk ini begitu dekat dengan hati sebagai simbolik wanita itu hendaklah dicintai. Wanita tidak dijadikan daripada tulang di kepala untuk dijunjung ataupun tulang kaki untuk dipijak. Begitu indahnya kejadian wanita dijadikan Allah untuk kita fikirkan bersama. 

suami ataupun isteri perlu melihat dalam diri mereka sendiri terlebih dulu sebelum menuding jari mendakwa orang lain melakukan apa-apa kesilapan ataupun menjadi penyebab berlakunya gejala sosial. 


Mendakwa orang lain menjadi penyebab kepada perlakuan salah seseorang yang lain amat tidak adil. Sebaliknya kita hendaklah melihat kepada diri sendiri sebelum mengatakan orang lain bersalah. 

SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW


Kelebihan Nabi Muhammad SAW tatkala lahir


Lahir sudah junjungan di dunia dengan keadaan tapak tangannya melekap ke bumi, kepalanya menongak kea rah langit. Ini menunjukkan keagongan dan ketinggian peribadiNya. Ini juga menunjukkan bahawa isyarat atas keluhuran martabat mengatasi semua kejadian Ilahi. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa dia adalah kekasih ALLAH SWT, eluk kelakuan dan budi pekerti.
Ibunya memanggil datuk junjungan Abdul Mutalib sedang bertawaf di Kaabah. Lalu ia membawa Baginda ke Kaabah dan berdoa dengan hati yang suci penuh rasa kegembiraan hatinya. Ia bersyukur kepada Allah mendapat limpah yang tidak terperi dan lahirlah junjungan dengan keadaan yang bersih dan sudah berkatan dan tanggal tali pusat dengan kuasa Allah. Semerbak harum mewangi berminyak dan bercelak kedua-dua matanya. Ada yang mengatakan setengah ulamak Abdul mutalib mengkhatankan selepas 7 hari junjungan dilahirkan. Berpestalah ia dan berkenduri serta menamakannya junjungan dengan nama MUHAMMAD yang ertinya lelaki terpuji.
Berlaku beberapa peristiwa yang luar biasa ketika keputraan Nabi Muhammad SAW mempertandakan akan tanda kenabian memberitahu sekalian bahawa Baginda manusia yang menjadi pilihan Rasullah kea lam ini.
Kawalan di langit diperkuatkan dan penjaga ditambah serta dihalau hantu dan syaitan. Mana-mana yang cuba ke langit dipanah dengan api. Beberapa bintang dilangit turun mendekati junjungan Baginda tanda kegembiraanya. Bersinar dan bercahaya seleuruh pelusuk bumi di tanah haram dan beberapa kawasan yang lain. Terbit cahaya mengirigi kelahiran Rasullah suatu cahaya menerangi mahligai Qausar serta penduduk Mekah melihat sinaran yang sungguh menghairankan dan mengirangkan.
Bergoncang istana Raja Parsi yang berada di negeri Madain sedangkan teguh dan kukuh bangunannya. Bangunan Istana Anuar Sarwan yang tersergam teguh roboh dengan serta merta dengan kudrat Ilahi. Menara pencakar langit 14 buah runtuh. Kerajaan Kisar terguling, terkejut mengenai kejadian menimpa yang tidak tertangguh. Api-api disembah oleh Raja-raja Parsi terpadam dengan serta merta dengan sendirinya. Oleh kerana kelahiran cahaya junjungan yang menyinar seluruh alam. Terjadi kering kontang tempat mandi manda dan minum Raja Parsi yang bernama Tasik Syawah. Sebaliknya Tasik Samawah yang dulunya kontang melempah-lempah airnya [ untuk renungan Ketua Mazhab Islam Hadhari dan kuncu-kuncunya- Penulis ].
Dengan kelahiran junjungan yang mulia bertambah-tambah terkenal Kota Mekah negeri yang berpasir dan berdebu. Di mana negeri yang dilarang mencabut tumbuh-tumbuhan dan memotong kayu. Tarikh keputraan Nabi Muhammad SAW pendapat ulamak yang soheh pada malam fajar hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah.
Perbezaan Bayi-bayi Dengan Bayi Rasulullah SAW
Adalah kesuburan tubuh Rasulullah SAW satu hari menyamai kanak-kanak lain yang umurnya 1 bulan. Baginda sudah pandai berdiri tegak, berumur 3 bulan berjalan sendiri, tatkala umurnya 5 bulan tegap serta fasih bercakap dalam umur 9 bulan.
Dua malaikat mendatangi Baginda, melakukan pembedahan dada, lalu hati seketul darah hitam dikeluarkan. Dibuangnya habuan ataua tempat syaitan dibasuh dengan air salji. Diisi dada Baginda dengan hikmat dan iman. Selepas itu ditutup dada Baginda dan dimatrikan dengan kalimah Hatamun Nubuah ertinya Nabi Kesudahan.
Kemudian ditimbang yang mana berat kebaikannya lebih 1,000 kali ganda daripada orang-orang lain. Memang sejak kecil lagi Baginda bersifat manusia yang sempurna.



Peristiwa Penyusuan Rasulullah SAW

Mula-mula bondaNya Siti Aminah yang menyusukan selang beberapa hari disusukan pula oleh Suwaibatul Aslamiah. Suwaibah asal keturunan hamba kepunyaan Abu Lahab setelah dimerdekaan. Suwaibah menyusukan Rasulullah SAW bersama anaknya bernama Masruh dan Abu Salamah.
Suwaibah juga pernah menyusukan bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Hamzah. Rasulullah SAW menyusu kepada Suwaibah sehingga Suwaibah meninggal dunia. Kemudian wanita muda Halimahtu Sa’adiah pula yang menyusukan Rasulullah SAW. Pada mulanya Halimahtu Sa;adiah adalah orang miskin, setelah beliau menyusukan Rasulullah SAW kehidupannya bertambah mewah di luar dugaannya.
Penuh embing susu Halimahtu saudaranya yang bernama Masruh menghisab sebelah kiri, manakala Rasulullah menghisab di sebelah kanan. Dari miskin derita dengan kudrat Allah SWT hidupnay bertambah mewah kaya dan gembira. Unta-unta dan juga kambing-kambingnya yang dibela menjadi gemok. Dengan itu itu hapuslah segala derita yang ditanggung selama ini yang tidak pernah menikmati kekayaan dan kesenangan.
Akhirnya, Halimahtu Sa’adiah menyerahkan kembali Rasulullah SAW kepada ibunya Aminah dengan hati sedih dan berat. Halimahtu Sa’adiah sering mengunjungi Baginda. Walaupun Baginda sudah berkahwin, Baginda tetap tetap kasihkan Halimahtu Sa’adiah dengan memberi hadiah tatkala ia berkunjung menemui Baginda sehingga pada ke lapan hijrah Halimahtu Sa’adiah masih lagi menemui Rasulullah dan Baginda bangun memberi penghormatan kepada Halmahtu Sa’adiah. Ada setengah ulama mengatakan bahawa Halimahtu Sa’adiah dan suaminya dimasukkan di dalam kumpulan sahabat junjungan.
Sekian. InyaAllah akan disambung ke Bahagian ke 2 “ Kehidupan Remaja Rasulullah “. Wallahualam.

Bertapaknya Cinta






Dari mata turun ke hati….
Dari hati naik ke minda….
Dari minda turun ke jantung….
Dri jantung mengepam darah, darah yang mengalir
membentuk perasaan..hadirnya perasaan mengundang rindu…
hadirnya rindu mengundang resah…
datangnya resah bertemankn tanda Tanya….
Tnpa di duga menyemarakkan cemburu….
Mngkinkah ini CINTA agaknya.

Kadang kala kita sendri menafiknnya,
Kadang kala kita sendiri ingin menjauhkan diri dariNYA
“Tapi”….. 
semakin kita melupakan, semakin dekat ia pada kita. Kadag kala kita patut melepasknnya walaupn kita sensara…

Mengapa CINTA datang dri hti???
Mengapa hadirnya CINTA dari mlihat INDAHNYA wajah???
Mungkin sudah lumrah mata ingin melihat yang INDAH
Mungkin sudah lumrah mata ingin melihat yang CANTIK
Jika di takdirkan Allah menarik nikmat mata ini, pasti kita tidak
Memilh rupa dalam mengejar CINTA….
Jika kita bercinta sempurnakah cinta kita,,,,
Carilah cinta di hati kamu
Carilah cinta yg sempurna,,,,
Blajarlah bercinta dengan ALLAH……………………………
Kenalilah erti sayang yang di curahkan oleh ibu dan ayah mu…….
Sayangilah diri sndiri………………………………
Dan carilah kekasih yg kenal erti cinta yang sempurna………………..

Lakaran Pena





Aku adalah pena,
menulis atas kehendak manusia???
jika dakwat ku habis, aku dilontar ketepi???
dakwat hasil lakaran mata tubuh ku menjadi sanjungan, tetapi????
AKU tidak pernah di kenang.......

PENA...janganlah kau hampa.
kerana kesanmu tetap bermakna, tanpa Pena
mana mungkin generasi mengenal sejarah???
tanpa pena mana mungkin??
tidak mungkin??
tidak pernah mungkin???

CARA MATI ORANG YANG BERIMAN





CARA MATI ORANG YANG BERIMAN

Imam Tirmidzi dalam kitabnya Nawadir Al-Ushul menyebutkan, dari Salman Al-Farisic r.a beliau berkata bahawa rasulullah s.a.w brsabda: Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga benda:

1) Bila dahinya berkeringat
2) Airmatanya berlinang
3) Hidungnya keluar hingus 

maka hal tersebut menandakan rahmat Allah datang dan tersipu-sipu malu sehingga keluar keringatnya 

SEBALIKNYA BERLAKU BILA

1) Bunyi dengkur seperti lembu yang disembelih
2) Merah padam wajahnya
3) gerahamnya berbunyi gemetuk

maka itu adalah azab allah, 
para Abid berkata, kadang-kadang ada kesalahan-kesalahan di antara orang mukmin masih belum di selesaikan dan sebahagiannya berkata kerana malunya yang amat sangat pada Allah...

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT 


Contoh


"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." 


"Yang kedua,"kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"

syarat yang ketiga. "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" 



syarat yang keempat. "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."  

syarat yang kelima?" "Wahai hamba Allah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."



"Wahai hamba Allah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

LELAKI

kejadian mu disini untuk membina...
kejadian mu disini untuk meneroka...


ilmu yang kau pamirkan bukan semata-mata keduniaan,
dan bukan semata-mata pangkat yg kau kejar ...


kejadianmu bukan untuk mempermainkn, kerana kaulah pendidik, kaulah pendidik,
kaulah pendidik,


bimbinglah cinta kearah iman, amal, dan soleh...
kamu akan pulang dengan kemenangan gemilang...
semoga langkah mu tidak di salah ertikan...

SURAT HAWA KEPADA ADAM


Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..
Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..
Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...
Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....
Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..
Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...
Adam,mengertilah...

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Anak2 pandai belajar
Anak2 lembut hati/ elak panas baran


Anak2 malas sekolah
Supaya Suami tak kawin lain
Ayat pendinding
Bg anak2 yg suka keluar malam
Untuk jadi pendinding rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN


* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan


* Langkah 3:

* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi.

Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat

Kala jengking (Huraisy) hamba Allah dari neraka

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama '' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat . Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 


  • Pertama, orang yang meninggalkan      sembahyang.
  • Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
  • Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
  • Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  • Kelima, orang yang suka minum arak.' ..

PUTRA PUTRI ISLAM

BANGKITLAH OH PUTRA KU
DARI LENA YG PANJANG
BERJUANG BAGAI PERWIRA
YG BERJASA..


BANGUNLAH OH PUTRI KU
DARI MIMPI YG PALSU
PELIHARA MARUAH & AGAMA MU..


PADA-MU ALLAH
DOA KAMI PANJATKAN
TEGUHKANLAH KEIMANAN
TETAPKANLAH PENDIRIAN
KAMI PUTRA PUTRI HARAPAN MASA DEPAN...

lumrah kehidupan

Cinta itu INDAH.. sayang itu FITRAH


rindu itu mesra...sayang itu sensara


kasih yang datang itu kadang-kadang membawa bahagia


kasih itu kadang-kadang membawa duka..


kadang-kadang kita terpaut pada duri perantauan ini..


kadangkala tersandung di kala mencari bekalan..


terkadang terjumpa bisa di saat mencari penawar..


terkadang kita mersa kaki yg mlangkah adalah benar..


tak sedar pun, tak tahu pun, tak rase pun bahawa kaki yang melangkah


itu adalah nafsu smata-mata... Xtak pernah perasn pun yang stiap saat adlah


brmakna untuok esok, kerana kita hanyalah manusia yg seringkali terleka.............