Selamat Datang Ke terjahan-hati.blogspot.com... ("o,")
Premium WordPress Themes

SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW


Kelebihan Nabi Muhammad SAW tatkala lahir


Lahir sudah junjungan di dunia dengan keadaan tapak tangannya melekap ke bumi, kepalanya menongak kea rah langit. Ini menunjukkan keagongan dan ketinggian peribadiNya. Ini juga menunjukkan bahawa isyarat atas keluhuran martabat mengatasi semua kejadian Ilahi. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa dia adalah kekasih ALLAH SWT, eluk kelakuan dan budi pekerti.
Ibunya memanggil datuk junjungan Abdul Mutalib sedang bertawaf di Kaabah. Lalu ia membawa Baginda ke Kaabah dan berdoa dengan hati yang suci penuh rasa kegembiraan hatinya. Ia bersyukur kepada Allah mendapat limpah yang tidak terperi dan lahirlah junjungan dengan keadaan yang bersih dan sudah berkatan dan tanggal tali pusat dengan kuasa Allah. Semerbak harum mewangi berminyak dan bercelak kedua-dua matanya. Ada yang mengatakan setengah ulamak Abdul mutalib mengkhatankan selepas 7 hari junjungan dilahirkan. Berpestalah ia dan berkenduri serta menamakannya junjungan dengan nama MUHAMMAD yang ertinya lelaki terpuji.
Berlaku beberapa peristiwa yang luar biasa ketika keputraan Nabi Muhammad SAW mempertandakan akan tanda kenabian memberitahu sekalian bahawa Baginda manusia yang menjadi pilihan Rasullah kea lam ini.
Kawalan di langit diperkuatkan dan penjaga ditambah serta dihalau hantu dan syaitan. Mana-mana yang cuba ke langit dipanah dengan api. Beberapa bintang dilangit turun mendekati junjungan Baginda tanda kegembiraanya. Bersinar dan bercahaya seleuruh pelusuk bumi di tanah haram dan beberapa kawasan yang lain. Terbit cahaya mengirigi kelahiran Rasullah suatu cahaya menerangi mahligai Qausar serta penduduk Mekah melihat sinaran yang sungguh menghairankan dan mengirangkan.
Bergoncang istana Raja Parsi yang berada di negeri Madain sedangkan teguh dan kukuh bangunannya. Bangunan Istana Anuar Sarwan yang tersergam teguh roboh dengan serta merta dengan kudrat Ilahi. Menara pencakar langit 14 buah runtuh. Kerajaan Kisar terguling, terkejut mengenai kejadian menimpa yang tidak tertangguh. Api-api disembah oleh Raja-raja Parsi terpadam dengan serta merta dengan sendirinya. Oleh kerana kelahiran cahaya junjungan yang menyinar seluruh alam. Terjadi kering kontang tempat mandi manda dan minum Raja Parsi yang bernama Tasik Syawah. Sebaliknya Tasik Samawah yang dulunya kontang melempah-lempah airnya [ untuk renungan Ketua Mazhab Islam Hadhari dan kuncu-kuncunya- Penulis ].
Dengan kelahiran junjungan yang mulia bertambah-tambah terkenal Kota Mekah negeri yang berpasir dan berdebu. Di mana negeri yang dilarang mencabut tumbuh-tumbuhan dan memotong kayu. Tarikh keputraan Nabi Muhammad SAW pendapat ulamak yang soheh pada malam fajar hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah.
Perbezaan Bayi-bayi Dengan Bayi Rasulullah SAW
Adalah kesuburan tubuh Rasulullah SAW satu hari menyamai kanak-kanak lain yang umurnya 1 bulan. Baginda sudah pandai berdiri tegak, berumur 3 bulan berjalan sendiri, tatkala umurnya 5 bulan tegap serta fasih bercakap dalam umur 9 bulan.
Dua malaikat mendatangi Baginda, melakukan pembedahan dada, lalu hati seketul darah hitam dikeluarkan. Dibuangnya habuan ataua tempat syaitan dibasuh dengan air salji. Diisi dada Baginda dengan hikmat dan iman. Selepas itu ditutup dada Baginda dan dimatrikan dengan kalimah Hatamun Nubuah ertinya Nabi Kesudahan.
Kemudian ditimbang yang mana berat kebaikannya lebih 1,000 kali ganda daripada orang-orang lain. Memang sejak kecil lagi Baginda bersifat manusia yang sempurna.



Peristiwa Penyusuan Rasulullah SAW

Mula-mula bondaNya Siti Aminah yang menyusukan selang beberapa hari disusukan pula oleh Suwaibatul Aslamiah. Suwaibah asal keturunan hamba kepunyaan Abu Lahab setelah dimerdekaan. Suwaibah menyusukan Rasulullah SAW bersama anaknya bernama Masruh dan Abu Salamah.
Suwaibah juga pernah menyusukan bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Hamzah. Rasulullah SAW menyusu kepada Suwaibah sehingga Suwaibah meninggal dunia. Kemudian wanita muda Halimahtu Sa’adiah pula yang menyusukan Rasulullah SAW. Pada mulanya Halimahtu Sa;adiah adalah orang miskin, setelah beliau menyusukan Rasulullah SAW kehidupannya bertambah mewah di luar dugaannya.
Penuh embing susu Halimahtu saudaranya yang bernama Masruh menghisab sebelah kiri, manakala Rasulullah menghisab di sebelah kanan. Dari miskin derita dengan kudrat Allah SWT hidupnay bertambah mewah kaya dan gembira. Unta-unta dan juga kambing-kambingnya yang dibela menjadi gemok. Dengan itu itu hapuslah segala derita yang ditanggung selama ini yang tidak pernah menikmati kekayaan dan kesenangan.
Akhirnya, Halimahtu Sa’adiah menyerahkan kembali Rasulullah SAW kepada ibunya Aminah dengan hati sedih dan berat. Halimahtu Sa’adiah sering mengunjungi Baginda. Walaupun Baginda sudah berkahwin, Baginda tetap tetap kasihkan Halimahtu Sa’adiah dengan memberi hadiah tatkala ia berkunjung menemui Baginda sehingga pada ke lapan hijrah Halimahtu Sa’adiah masih lagi menemui Rasulullah dan Baginda bangun memberi penghormatan kepada Halmahtu Sa’adiah. Ada setengah ulama mengatakan bahawa Halimahtu Sa’adiah dan suaminya dimasukkan di dalam kumpulan sahabat junjungan.
Sekian. InyaAllah akan disambung ke Bahagian ke 2 “ Kehidupan Remaja Rasulullah “. Wallahualam.

0 Komen anda:

Catat Ulasan

Koment anda